ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha YZF-R15M dilancarkan – Dua pilihan warna dan reka corak grafik, harga RM14,998

Berita Tempatan

Views

Setelah beberapa kali diintip oleh warganet, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya melancarkan Yamaha YZF-R15M untuk pasaran tempatan petang tadi.

Model yang digelar ‘R15 V4’ ini dijual pada harga RM14,998 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Hanya satu versi yang dibawa masuk untuk pasaran Malaysia, iaitu R15M, manakala versi Standard yang lebih murah tidak dijual di sini.

Dua pilihan warna serta reka corak grafik ditawarkan, iaitu The Signature M dan edisi Monster Energy Edition.

YZF-R15M masih mengekalkan ‘jantung’ yang sama seperti R15 terdahulu, iaitu enjin silinder tunggal 155 cc sejukan cecair dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang menjana 18.3 kuasa kuda pada 10,000 rpm dan 14.2 Nm daya kilas pada 7,500 rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan dengan bantuan cekam slip & assist. Untuk tunggangan yang lebih mantap, jentera dua roda ini dipasang dengan fork hadapan jenis terbalik, penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, rim 17 inci dan tayar yang lebih lebar di belakang (140/70).

Dari segi penampilan, R15 V4 hadir dengan wajah yang lebih garang, serta rekaan tangki minyak, panel sisi dan penghadang lumpur serba baharu.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Versi R15M didatangkan dengan ciri tambahan seperti quickshifter, sistem kawalan cengkaman (boleh dinyahaktifkan), ABS dwi-saluran, suis cut-off enjin serta skrin panel LCD yang boleh dihubungkan terus dengan telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect.

Skrin panel LCD ini disediakan dengan dua pilihan paparan, iaitu Street untuk keadaan tunggangan biasa, manakala Track untuk kegunaan di litar.

Yamaha YZF-R15M turut menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah program penilaian motosikal Malaysia MyMAP.

Setiap pembelian Yamaha YZF-R15M bakal menerima kotak hadiah misteri M-CRU khas bersama dengan Kunci Cakera Yamaha secara percuma bernilai RM100.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply