ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Yang di-Pertuan Agong dihadiahkan sebuah Civic Type R sebagai kenderaan pengiring

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Honda Malaysia telah menghadiahkan Baginda sebuah Civic Type R sebagai kenderaan pengiring dalam satu majlis yang berlangsung di perkarangan Istana Negara sebentar tadi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Model paling berkuasa yang dijual oleh Honda setakat ini, Civic Type R turut ditabalkan sebagai ‘Juara antara Juara’ pada 2017 sememangnya sangat ideal sebagai kenderaan pengiring kepada Baginda. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama dalam ucapannya berkata, Honda amat komited untuk menawarkan produk yang berniai tinggi dan berteknologi canggih untuk memberikan kegembiraan kepada para pelanggannya.

Civic Type R telah diiktiraf sebagai kereta pengeluaran ‘Pacuan Roda-Hadapan Terpantas Di Dunia’ di litar Nurburgring semasa ia pertama kali diperkenalkan pada 2017. Model ini bukan sekadar hebat di litar bahkan sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan harian.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Toichi Ishiyama yang mewakili Honda Malaysia turut berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium kepada Seri Paduka Baginda The Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang juga bakal digunakan sebagai kenderaan pengiring.

Di Malaysia, nama Civic begitu sinonim dengan jenama Honda dan ia telah menjadi pilihan ramai sejak beberapa tahun. Dengan barisan model semasa termasuk Civic, Honda Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai jenama Nombor 1 dalam segmen Bukan-Nasional setakat Ogos 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply