ARKIB

KATEGORI

Buletin

10 jenama terlaris di China bulan Mac 2022, Geely nombor empat

Berita Global

Views

Bulan Mac 2022 menyaksikan jualan sebanyak 1.579 juta unit kereta penumpang di negara ‘Tembok Besar’, China. Jika dibandingkan dari tahun-ke-tahun, ia menurun sebanyak 10.5 peratus namun untuk bulan-ke-bulan ia meningkat sebanyak 25.6 peratus.

Menurut Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), jualan terkumpul dari Januari hingga Mac ialah 4.915 juta unit, menyaksikan penurunan tahun-ketahun sebanyak 4.5 peratus.

Berikut adalah 10 jenama terlaris di China bulan Mac 2022:

1. FAW-Volkswagen

FAW-Volkswagen mengungguli carta dengan jualan sebanyak 126,131 unit pada bulan Mac 2022, sekali gus menguasai 8 peratus jumlah pegangan pasaran.

Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu, ia menurun sebanyak 40.2 peratus. Antara model terlarisnya termasuklah Bora, Sagitar dan Magotan.

2. Changan

Changan berada di tangga kedua dengan jualan sebanyak 120,437 unit kenderaan pada bulan Mac. Model Eado, CS75, CS55, dan Auchan X5 termasuk dalam senarai 15 model paling laris.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

3. BYD

BYD di tangga ketiga dengan jualan sebanyak 103,229 unit kenderaan. Untuk perbandingan tahun-ke-tahun, ia mencatat peningkatan sebanyak 161.4 peratus, tertinggi antara 10 syarikat yang tersenarai dalam carta.

Jualan BYD pada bulan Mac hampir kesemuanya disumbangkan oleh kenderaan elektrik (EV). BYD telah menjual sebanyak 26,729 unit model Song, 24,797 unit model Qin, 12,881 unit model Yuan, 12,359 unit model Han, dan 9,625 unit model Tang.

4. Geely

Rakan strategik Proton, Geely hanya menduduki tangga keempat dengan jualan sebanyak 93,378 unit kenderaan.

Ini menyaksikan kenaikan 3.8 peratus jualan tahun-ke-tahun. Pada bulan Mac, model Geely Emgrand berjaya menduduki tangga kesembilan model sedan terlaris di China dengan jualan sebanyak 16,336 unit.

5. SAIC Volkswagen

GAC Toyota berada di tangga kelima dengan jualan sebanyak 88,048 unit kenderaan. Syarikat ini turut mencatat kenaikan jualan sebanyak 26.9 peratus. Pada bulan Mac, model Camry, Ralink, dan Willanda antara yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

6. GAC Toyota

SAIC Volkswagen menghuni tangga keenam dengan jualan sebanyak 78,018 unit kenderaan, sekali gus mencatat peningkatan 34.6 peratus untuk tahun-ke-tahun.

7. Great Wall Motor

Great Wall Motor berada di kedudukan ketujuh carta dengan jualan sebanyak 74,071 unit kenderaan. Namun, untuk tahun-ke-tahun, syarikat ini mengalami penurunan jualan sebanyak 12.3 peratus.

8. SAIC-GM-Wuling

SAIC-GM-Wuling pula berada di tangga kelapan dengan jualan sebanyak 70,841 unit kenderaan. Walaubagaimanapun, untuk tahun-ke-tahun ia menurun 17.8 peratus. Model Hongguang Mini muncul model sedan paling laris dengan jualan sebanyak 41,980 unit pada bulan Mac.

9. SAIC-GM

SAIC-GM di kedudukan kesembilan dengan jualan sebanyak 70,021 unit kenderaan pada bulan Mac. Jenama ini turut menyaksikan penurunan jualan sebanyak 40.5 peratus untuk tahun-ke-tahun.

10. Dongfeng Nissan

Melengkapi 10 kedudukan carta adalah Dongfeng Nissan dengan jualan sebanyak 67,159 unit untuk menduduki tangga kesepuluh.

Jualan tahun-ke-tahun juga menyaksikan penurunan sebanyak 33.5 peratus, dengan 4.3 peratus pegangan pasaran. Model Sylphy merupakan sedua kedua terlaris dengan 30,240 unit dijual pada bulan Mac.

Sumber: Carnewschina.com

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply