Jam tangan bintang Ferrari, Charles Leclerc dicuri oleh peminatnya di Itali kelmarin. Menurut Berita Harian, pemandu berusia 24 tahun itu yang kini mengetuai Kejuaraan Formula Satu (F1) dunia musim ini menyaksikan popularitinya di Itali semakin meningkat.
Justeru apabila peminat menyedari kehadirannya di bandar Viareggio dekat Tuscan, mereka mula berkumpul untuk bergambar dengan Leclerc.
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
Bagaimanapun menurut satu laporan, pemandu F1 itu menjadi mangsa ketika menandatangani autograf peminatnya apabila pencuri berjaya melarikan jam tangan Richard Mille miliknya yang berharga £246,000 (RM1.36 juta).
Leclerc tidak menyedari bahawa jam tangan miliknya dicuri ketika kejadian namun membuat laporan selepas itu. Pihak berkuasa mula melakukan siasatan dan cuba memastikan sama ada kejadian itu dirancang atau sebaliknya.
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
Jurulatih Leclerc, Andrea Ferrari yang berasal dari Viareggio, berada bersama bintang Ferrari itu ketika kejadian dan dia berang kerana kurangnya lampu jalan di Via Salvatori – satu kawasan di bandar berkenaan iaitu tempat berlaku kejadian.
Ferrari menerusi Instagram berkata: “Via Salvatori sudah berbulan dalam keadaan gelap. Sudah berbulan-bulan kami melaporkan perkara ini.
“Malam semalam di Via Salvatori, mereka merompak kami. Bila mahu sediakan lampu? Meminta tolong daripada kawan.”
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
KOMEN TERKINI