ARKIB

KATEGORI

Buletin

10 lagu paling popular pilihan Wazers seluruh dunia di Spotify tahun 2019

Info

Views

Mendengar muzik sudah pasti menjadi pilihan anda ketika sedang terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Bukan sekadar menjadi peneman atau sebagai halwa telinga, bahkan muzik juga boleh menceriakan dan menukar mood anda semasa di jalan raya.

Waze hari ini mengumumkan senarai 10 buah lagu paling popular pilihan Wazers seluruh dunia di Spotify sepanjang tahun 2019 . Mungkin antara lagu-lagu yang tersenarai ini juga menjadi pilihan anda juga. Jom kita lihat lagu apakah yang tersenarai.

Señorita
Lagu duet nyanyian Shawn Mendes dan Camila Cabello ini berjaya menduduki tangga teratas carta US Billboard Top 100 dan juga di 35 buah negara.

Con Calma
Lagu nyanyian Daddy Yankee yang turut menampilkan Snow ini berada di kedudukan teratas carta lagu paling popular di 20 buah negara selain berada dalam kedudukan 10 teratas di 10 buah negara.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Old Town Road – Remix
Lagu versi ‘remix‘ ini telah direkodkan semula oleh Lil Nas X bersama Billy Ray Cyrus dan telah berjaya merangkul anugerah ‘Record of the Year’ dan ‘Best Pop Duo/Group Performance’ di Grammy Awards yang ke-62.

I Don’t Care
Lagu duet nyanyian Ed Sheeran dan Justin Bieber ini berjaya menduduki tempat pertama carta lagu popular di 26 buah negara dan kedua di 7 buah negara lagi.

Calma – Remix
Lagu ini merupakan ‘single‘ dari Pedro Capó dan versi remix ini turut menampilkan Farruko. Muzik video lagu tersebut telah berjaya mencatatkan 1.7 bilion tontonan di YouTube hingga setakat ini.

Sunflower
Lagu duet nyanyian Post Malone dan Swae Lee merupakan salah satu runut bunyi dari filem Spider-Man: Into the Spider-Verse. Ia turut tercalon dalam dua kategori di Grammy Awards yang ke-62.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Bad Guy
Lagu dari Billie  Eilish pernah berada di kedudukan nombor satu dalam carta US Billboard Top 100 dan selain mendominasi carta lagu popular di beberapa buah negara.

Shallow
Lagu duet nyanyian Lady Gaga dan Bradley Cooper merupakan runut bunyi dari filem A Star Is Born. Lagu ini berjaya merangkul dua anugerah Grammy, di Grammy Awards yang ke-61.

7 Rings
Lagu nyanyian Ariana Grande telah membuat penampilan pertama dengan menjuarai carta Billboard Top 100 dan turut dicalonkan dalam kategori ‘Record of the Year’ dan ‘Best Pop Solo Performance’ di Grammy Awards yang ke-62.

Bohemian Rhapsody
Lagu nyanyian kumpulan rock lagenda Queen telah berjaya muncul sebagai lagu abad ke-20 dan lagu rock klasik paling banyak distrim pada 2018. Hingga setakat ini lagu berhantu itu telah dimuat turun sebanyak 1.6 bilion warganet di seantero dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply