ARKIB

KATEGORI

Buletin

Halang laluan ambulans, pemandu Honda CR-V alami masalah pendengaran

Berita Tempatan

Views

Polis menahan seorang lelaki yang memandu Honda CR-V kerana disyaki menghalang laluan ambulans di Kilometer 292, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Kampar, hari ini.

Menurut UTUSAN, kejadian itu yang dirakam video berdurasi 37 saat itu tular selepas dimuat naik pengguna media sosial di laman Facebook semalam yang memaparkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu enggan memberi laluan kepada ambulans hingga memaksa kenderaan berkenaan ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pemandu dan pemilik SUV itu telah diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar hari ini untuk siasatan lanjut setelah kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.

Katanya, hasil siasatan mendapati, pemandu kenderaan berusia 62 tahun itu mengalami masalah pendengaranTinnitus-Acoustic Neuroma’ sejak tiga tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit berkenaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).

Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan trafik bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya di daerah Kampar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply