ARKIB

KATEGORI

Buletin

11 lelaki ditahan kantoi guna ‘laluan tikus’

Berita Tempatan

Views

Mahu membeli juadah berbuka puasa di bazar dan membeli makanan ikan peliharaan antara alasan diberikan untuk merentas masuk ke daerah ini melalui ‘laluan tikus’. Bagaimanapun, cubaan 11 lelaki merentas masuk ke negeri ini semalam gagal selepas kesemuanya yang berusia antara 18 hingga 46 tahun ditahan dan dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang dalam operasi bermula 3 petang hingga 8 malam itu.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi khas itu dilakukan pihaknya di kawasan sempadan daerah Kemaman dan Cherating, Pahang. Menurutnya, operasi itu dilaksanakan bagi mengesan dan menghalang individu dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pahang memasuki negeri ini.

Kata beliau, kesemua yang ditahan itu adalah penduduk yang berada bersebelahan daerah ini dan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Sebelum ini, pihaknya mengesan penduduk kampung bersebelahan sering menggunakan ‘laluan tikus’ ini untuk ke sini bagi mengelak sekatan jalan raya (SJR) yang terletak kira-kira lima kilometer dari laluan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Tambahnya, kesemua lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk diambil keterangan sebelum masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang. Hanyan berkata, pihaknya akan mengetatkan lagi kawalan di tujuh laluan tikus di daerah itu bagi mengelak berlakunya pergerakan rentas negeri dan daerah.

Katanya lagi, orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pergerakan rentas negeri sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau berhadapan dengan tindakan yang lebih tegas

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply