Sempena karnival membeli-belah 12.12 hari ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut tidak ketinggalan dengan menawarkan jualan eksklusif menerusi Instagram yang pertama seumpamanya. Untuk sehari sahaja (24 jam), sebanyak 12 unit Polo dilengkapi pakej aksesori JOIN dan 12 unit Beetle bersama spoiler dan VW Tint percuma akan dijual di kedai Instagram Volkswagen Malaysia (@volkswagenmalaysia) dengan diskaun sebanyak RM12,000.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Ini merupakan kali pertama jenama automotif menjual kereta menerusi platform media sosial di Malaysia. Untuk menikmati tawaran eksklusif ini, pelanggan perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM500 untuk Polo dan RM1,000 bagi Beetle menggunakan platform pembayaran kad kredit. Sebaik sahaja diproses, pelanggan akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk mengatur pengedar yang mereka inginkan, seterusnya melengkapkan proses pendaftaran dan penyerahan kenderaan.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter percaya pembelian kereta secara dalam talian sudah menjadi perkara biasa, terutama ketika platform e-dagang semakin popular. Katanya, Volkswagen Malaysia merupakan perintis dalam usaha ini apabila mereka bekerjasama dengan Lazada untuk menjual Beetle dan Polo edisi khas pada jualan 12.12 dua tahun lalu. Kedua-dua edisi itu habis dijual hampir serta-merta.
Jualan akan bermula pada 12.01 pagi dan berakhir 11.59 malam pada 12 Disember 2019 (hari ini). Maklumat lanjut, sila ikuti laman Instagram Volkswagen Malaysia di @volkswagenmalaysia atau layari laman sesawang https://bit.ly/2RDlNzW. Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan kilang dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI