ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petrol RON95 gred E4M mula dijual Januari 2020

Berita Tempatan

Views

Akhirnya pengguna di Malaysia bakal menggunakan petrol RON95 gred tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) yang bakal diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara bermula bulan depan (Januari 2020).

Astro Awani melaporkan, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz berkata E4M, yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97, bakal menggantikan standard E2 yang berada di pasaran.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Beliau berkata, pihak industri telah bersedia untuk melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 itu dengan kerja-kerja di peringkat depoh dan stesen minyak telah dan sedang dijalankan. Menurutnya, antara negara yang menggunakan petrol gred ini ialah United Kingdom dan Australia.

Jelasnya, antara kebaikan RON95 E4M adalah aspek penjagaan kualiti alam sekitar kerana penggunaannya dapat mengurangkan pengeluaran asap serta penjagaan enjin lebih bersih. Tambah beliau KPDNHEP telah mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Matlamat itu juga selaras dengan janji ke-39 dalam manifesto Pakatan Harapan iaitu “Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar”. Muez berkata mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada 18 Ogos 2014, kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015, RON95 E4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

Namun pada 5 Oktober 2018, Saifuddin Nasution berkata kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan dari 1 Oktober tahun itu ke 1 Januari 2020 bagi menjajarkan perubahan harga kos produk bagi RON95 E4M dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply