Sebahagian perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan digantung operasi selama tujuh hari, bermula hari ini.
Menurut Berita Harian, Rapid KL dalam kenyataan, hari ini berkata penggantungan operasi membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.
Penggantungan operasi membabitkan Stesen LRT Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya,Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum dan KL Sentral.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Selain itu, ia turut membabitkan Stesen LRT Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.
Dalam pada itu, katanya, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu hingga jam 11 malam.
Stesen yang beroperasi adalah Stesen LRT Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Jelatek, Dato Keramat, Damai dan Lembah Subang.
Turut beroperasi, Stesen LRT Ara Damansara, Subang Jaya, SS15, SS18, USJ7, Taipan, Wawasan, USJ21, Alam Megah, Subang Alam dan Putra Heights.
Menurut kenyataan itu lagi, waktu operasi bermula jam 6 pagi hingga 11 malam itu akan berkuatkuasa mulai hari ini hingga 15 November depan.
Rapid KL dalam kenyataan malam tadi memaklumkan punca gangguan operasi dipercayai berpunca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik (ATC) yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren.
Katanya, perkara itu menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Rapid KL
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI