ARKIB

KATEGORI

Buletin

3 pegawai dan 4 jurutera cedera ringan, helikopter bomba sedang diuji terhempas

Berita Tempatan

Views

Tiga pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan empat jurutera selenggara cedera sejurus helikopter JBPM dinaiki terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang.

Dalam kejadian pagi tadi, nahas membabitkan helikopter yang sedang diselenggara dan diuji cuba oleh pihak jurutera selenggara.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataannya mengesahkan insiden membabitkan helikopter model Leonardo S.p.A AW189 dengan nombor pendaftaran 9M-BOF di kawasan hangar lapangan terbang berkenaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, helikopter yang dikendalikan JBPM itu sedang menjalani ujian penerbangan.

Menurutnya, menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden terbabit.

Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter itu dan kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,.

Sementara itu sumber berkata, nahas berlaku apabila helikopter itu hilang kawalan semasa sedang diuji menyebabkan ia terhempas.

Kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hamdan Misai

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply