ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #1 buat penampilan sulung di Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia buat julung kalinya mempertontonkan model sulungnya iaitu smart #1 di pentas Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023 yang berlangsung bermula hari ini sehingga esok (Ahad) di Pusat Konvensyen Setia City.

Dengan reka bentuk yang diinspirasi oleh Mercedes-Benz dan teknologi canggih, smart #1 bersedia untuk mentakrifkan semula pengalaman pemanduan sekaligus menaikkan standard kenderaan elektrik di pasaran Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, pihaknya amat teruja menjadi sebahagian daripada acara ini. Tambah beliau, pihaknya berharap model ini akan memberi pengalaman yang lebih unik dan menarik kepada peminat apabila mereka mengenalinya dengan lebih dekat.

Di pameran ini, pengunjung dapat melihat sendiri keunikan reka bentuk luaran smart #1 dengan DNA reka bentuk terbaharu, dicipta menerusi rangkaian Reka Bentuk Mercedes-Benz global.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Antara elemen reka bentuk utamanya termasuk bumbung halo panoramik terapung, pemegang pintu tersembunyi, pintu nirbingkai, dan lampu belakang CyberSparksLED+ Matrix Adaptive LED.

Para pengunjung EVx 2023 turut berpeluang untuk berinteraksi secara langsung bersama pakar produk smart, mengajukan soalan dan boleh melihat reka bentuk berevolusi smart #1 secara dekat.

smart Malaysia telah melakukan persediaan rapi menjelang pelancaran smart #1 tidak lama lagi. Ini termasuklah pelantikan sepuluh pengedar di seluruh wilayah utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Melaka.

Di samping itu, kerjasama strategik juga telah diwujudkan dengan penyedia perkhidmatan pengecasan EV tempatan bagi memastikan akses lebih meluas terhadap pengecas pantas arus terus (DC) kepada para pengguna.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ini merangkumi kerjasama awal dengan Gentari Sdn Bhd, penyedia terkemuka penyelesaian tenaga bersih untuk memasang pengecas DC yang dipasang secara strategik bagi memastikan akses mudah ke stesen pengecasan pantas.

Pasukan smart Malaysia dalam masa yang sama terus menjalankan ujian kenderaan yang berterusan bagi memastikan penyesuaian EV yang lancar dengan keadaan jalan raya di Malaysia.

Aplikasi mudah alih yang mesra pengguna turut dibangunkan, dengan menyediakan ciri seperti pemantauan jarak jauh, lokasi stesen pengecasan dan peringatan penyelenggaraan, menjanjikan ketersambungan yang lancar dan pengalaman pengguna yang luar biasa.

smart #1 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku keempat (Q4) tahun ini. e-Brosur smart #1 kini tersedia, dan sekiranya berminat untuk mendaftar, sila layari laman sesawang https://my.smart.com/#.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply