Berita Harian melaporkan, sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan parkir Blok 41, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Perumahan Bandaraya Gombak Setia musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
Empat jentera bomba bersama kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 pagi.
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II Kup Zaid Zainal, pasukan bomba tiba ke lokasi pada jam 10 minit kemudian dan mendapati api ketika itu sedang marak. Jelas beliau, kebakaran melibatkan 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan perumahan terbabit.
Tambahnya, pasukan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.47 pagi. Kebakaran menyebabkan 53 motosikal itu musnah seratus peratus manakala lapan kereta terbakar antara 60 hingga 80 peratus. Kata beliau lagi, kebakaran tidak membabitkan mangsa dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit DAily TRaffic REport
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
KOMEN TERKINI