ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sah lancarkan Saga ‘Edisi Hitam’ Khamis ini!

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu video acah yang dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Proton Cars sebentar tadi, syarikat tersebut mengumumkan bakal memperkenalkan satu hadiah ‘istimewa’ sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-35 model Saga.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Model tersebut merupakan model Edisi Khas ‘Saga Edisi Hitam yang bakal dilancarkan 9 Julai (Khamis ini) secara langsung dalam talian menerusi laman Facebooknya. Acara tersebut dijangka bermula kira-kira jam 10.35 pagi.

Saga Edisi Hitam boleh dikatakan tiada perubahan dari segi kosmetik mahupun penambahan aksesori seperti kit badan dan sebagainya. Ia masih Saga yang standard namun dicat dengan kombinasi warna hitam dan kuning/emas pada beberapa bahagian tertentu seperti di jejalur jeriji, cermin sisi dan kemasan pada diffuser bampar belakang.

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

Roda aloinya pula dikatakan menggunakan satu tona warna dengan kemasan keluli gelap dan masih mengekalkan reka bentuk yang sama pada varian Premium. Di bahagian dalam, lingkaran pada panel meternya turut dihiasi dengan kemasan berwarna kuning/emas.

Tidak dapat dipastikan ada lagi penambahan yang dibuat kerana segala butiran terperinci hanya akan didedahkan semasa hari pelancarannya 3 hari lagi. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply