ARKIB

KATEGORI

Buletin

800 penghantar GrabFood telah mencarum SPS Perlindungan

Berita Tempatan

Views

Inisiatif kerajaan memberikan pembiayaan percuma selama 12 bulan melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung, berjaya meningkatkan pendaftaran penghantar makanan di negeri ini untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Utusan Online melaporkan, Penasihat GrabFood Melaka, Faizalazhar Jamaludin berkata, ini kerana daripada 1,000 penghantar makanan yang berdaftar dengan syarikat itu, hampir 800 orang telahpun mencarum di bawah SPS Lindung yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2021.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Beliau berkata, sejak Januari lalu, kesedaran dalam kalangan penghantar makanan untuk mendapatkan perlindungan bencana pekerjaan menunjukkan aliran positif berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kata beliau, kerajaan membayar RM232.80 iaitu caruman selama setahun untuk semua penghantar makanan yang mendaftar.

Ia sekali gus telah menimbulkan kesedaran buat rakan-rakan mereka yang lain untuk mengambil peluang ini. Tambahnya, aliran kesedaran itu meningkat selepas SPS Lindung diperkenalkan kerana hanya berbaki 20 peratus sahaja penunggang GrabFood yang belum mendaftar. Oleh itu pihaknya akan berusaha untuk meminta mereka mencarum dengan Perkeso secepat yang mungkin.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Beliau berkata demikian selepas Program Kembara Ramadan di Resort D’Village di Ayer Keroh, semalam. Program terbabit telah disempurnakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ghazale Muhamad.

Februari lalu, statistik yang dikeluarkan Perkeso negeri menunjukkan hanya 164 daripada 650 penghantar makanan di negeri ini telah mendaftar di bawah SPS. Dalam pada itu, seramai 120 orang penghantar makanan GrabFood telah mengambil bahagian dalam Program Kembara Ramadan dengan membantu menghantar kit makanan dan barang keperluan harian kepada 60 keluarga asnaf sekitar Melaka.

Ghazale berkata, kerja kesukarelawanan itu mengguna pakai dana daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan hasil sumbangan sendiri oleh para penghantar makanan yang terlibat. Katanya, mekanisme pemberian sumbangan menggunakan khidmat penghantaran sedemikian amat bertepatan dengan situasi pandemik COVID-19, yang mana orang ramai tidak perlu hadir ke sesuatu lokasi untuk mengambilnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Utusan Online dan Haideal M Power

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply