ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elak penganjur dikompaun – SIC perkemaskan SOP

Sukan Permotoran

Views

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti langkah terbaik bagi membantu pihak penganjur sukan permotoran memperkemaskan lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi acara penganjuran mereka di litar berkenaan.

Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, siasatan membabitkan isu yang berlaku ketika penganjuran MUSC SIC Sepang Drag Cars Test and Tune awal bulan ini menunjukkan kurangnya penguatkuasaan dilakukan.

Acara drag tersebut merupakan penganjuran tempatan pertama yang membenarkan kehadiran penonton sejak pandemik COVID-19 melanda, gagal mengikuti SOP ditetapkan dengan pihak penganjur MUSC bergelut bagi mengawal 2,000 penonton kerana kekurangan tenaga kerja.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Susulan insiden berkenaan, MUSC dikompaun RM20,000 oleh pihak polis. Kata Shafriman, pihaknya sudah berbincang bersama Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) termasuk MUSC untuk melihat secara dekat mengenai apakah yang berlaku bagi memastikan ia tidak berulang lagi pada masa depan.

Tambahnya, mereka mendapati punca utama (isu) adalah kerana (kurang) penguatkuasaan. Ini adalah sesuatu yang perlu diperketatkan pada acara masa akan datang. Oleh itu mereka akan bekerjasama dengan pihak penganjur dalam aspek ini dan tanggungjawab itu akan dikongsi bersama.

Daripada sudut kos, pihaknya akan berbincang perkara ini bersama kementerian kerana mereka memahami penguatkuasaan (tenaga kerja) akan menyebabkan kos penganjuran meningkat. Sasaran mereka adalah membantu mengurangkan beban yang ditanggung pihak penganjur dalam aspek ini, bagi membolehkan mereka meneruskan acara di Sepang.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

SIC selaku penyedia tempat, tidak diwajibkan untuk menyediakan tenaga kerja bagi mengawal orang ramai kepada pihak penganjur acara yang menyewa kemudahan litar. Begitupun, Shaf memberi jaminan kepada komuniti perlumbaan drag sama sekali tidak dipersalahkan atas insiden yang berlaku itu.

Kata beliau, pihaknya tidak akan menutup komuniti perlumbaan drag (di SIC). Misi mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka dan memastikan yang mereka memahami SOP yang perlu diikuti.

Ini kerana mereka sudah berusaha begitu gigih untuk mendapatkan kelulusan SOP sukan permotoran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan semua pihak berwajib. Jadi mereka akan meneruskan acara sukan permotoran di sini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply