ARKIB

KATEGORI

Buletin

90 buah kenderaan MINI ‘hangatkan’ MINIscape 2022

Berita Tempatan

Views

Setelah tiga tahun, acara komuniti yang dinanti-nantikan MINIscape 2022 telah kembali dianjurkan oleh MINI Malaysia baru-baru ini. Acara jelajah dari Kuala Lumpur ke Perak itu telah disertai oleh lebih 200 warga MINIac.

Pengembaraan tersebut bermula di Marina Putrajaya, di mana 90 buah kenderaan MINI telah berkumpul sebelum berkonvoi ke DoubleTree by Hilton Damai Laut.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew,  berkata, MINIscape 2022 merupakan tanda penghargaan kecil kami atas kesetiaan yang dipamerkan oleh warga MINIac dan pihaknya gembira kerana berpeluang untuk melihat ukhwah yang terjalin antara para pemilik MINI sepanjang acara tersebut.

MINIscape 2022 telah menawarkan warga MINIac dan insan-insan kesayangan mereka sebuah pengalaman yang sarat dengan aktiviti-aktiviti menarik, bermula dengan aktiviti Treasure Hunt sepanjang perjalanan mereka ke Damai Laut.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Setelah tiba, para tetamu bebas untuk menikmati pelbagai aktiviti rekreasi yang dirancang oleh MINI Malaysia, ia termasuk dayung berdiri, menunggang ATV, berbasikal dan berlayar dengan bot tunda.

Warga MINIac juga disajikan makan malam yang merangkap karnival dengan aneka permainan retro antaranya Rodeo Bull, Power Slam dan Straight Shooter.

Bukan itu sahaja, para tetamu dihiburkan oleh ahli silap mata, penjugel, aneka persembahan karnival, dan juga persembahan muzik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply