Individu positif Covid-19 yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajib memakai pelitup muka, manakala pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain adalah amat digalakkan.
Berita Harian melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengundi positif Covid-19 juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.
Katanya, pengundi positif Covid-19 juga tidak dibenarkan singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi, dan perlu pulang segera selepas selesai mengundi.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan selamat terutama untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan, Dr Noor Hisham berkata, pengundi positif Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat, manakala penjarakan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan.
Katanya, pengundi juga perlu menggunakan sanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi, selain disyorkan membawa sanitasi tangan sendiri.
Dr Noor Hisham berkata, individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan supaya segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang sekeliling.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya bersama-sama mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada pengundi dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU15.
Dr Noor Hisham turut berkongsi infografik mengenai nasihat am kepada pengundi PRU15 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 di laman Facebooknya semalam.
Beliau berkata, petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat pengundian bagi membantu melicinkan urusan pengundi positif Covid-19 dan menasihatkan mereka untuk mematuhi nasihat petugas kesihatan berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari mengundi awal, manakala 19 November bagi hari pengundian PRU15.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI