ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Abang Bas’ tular rakam murid sekolah rendah ditahan

Berita Tempatan

Views

Pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di dalam kenderaan itu hingga tular di media sosial telah ditahan di Simpang Renggam, Kluang.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, pada jam 2.57 pagi Jumaat.

“Polis Kontinjen Johor mengesahkan telah menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video yang memaparkan kanak-kanak di dalam bas yang dipandu oleh seorang lelaki.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

“Ia kemudian dimuat naik oleh pemilik atau pengendali akaun TikTok Abang Bas. Hantaran tersebut masih wujud dan boleh diakses di laman sosial,” ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Kumar, telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut turut dirampas.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001,” ujarnya.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Jelasnya lagi, polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang berada di dalam rakaman video terbabit supaya tampil membantu siasatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi sebuah hantaran di X pada Khamis berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas itu kepada individu tersebut.

Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai ‘crush atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.

Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas. Video-video itu setakat ini sudah mempunyai sebanyak 10.5 juta tanda suka ataulike. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply