ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ada lima model GR dan GR Sport akan dilancarkan Toyota Malaysia pada 17 Februari ini

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Toyota Malaysia petang tadi mula menyiarkan satu iklan acah, memaparkan imbasan lima buah model yang bakal dilancarkan pada 17 Februari nanti.

Dengan slogan (tagline) “The Beast Awaken” dan berdasarkan ‘siluet’ model tersebut, besar kemungkinan ia merupakan model GR dan GR Sport.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ada tiga model GR yang akan diperkenalkan nanti, iaitu GR Supra dengan transmisi manual, GR Corolla dan GR86. Manakala, baki dua model lagi merupakan model GR Sport, iaitu Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport.

GR Supra hanya ditawarkan dengan enjin 3.0 liter enam silinder turbo yang disambungkan kepada kotak gear Intelligent Manual Transmission (i-MT) enam-kelajuan.

Model GR Corolla telah pun dilancarkan pada tahun lalu semasa Thailand International Motor Expo 2022. Ia berkongsi jantung yang sama dengan GR Yaris, iaitu enjin G16E-GTS tiga silinder 1.6 liter.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Enjin ini menjana 300 kuasa kuda dan 370 Nm daya kilas yang dipadankan dengan sistem pacuan GR-Four.

GR86 pula, ia dikuasakan oleh enjin Boxer empat silinder aspirasi alami (NA) 2.4 liter petrol yang menjana 232 kuasa kuda dan daya kilas maksima 250 Nm.

Bagi dua model GR Sport, iaitu Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport, kedua-duanya hanya menerima naik taraf kosmetik semata-mata dan telah pun dilancarkan di Thailand.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Toyota Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply