Insiden pemandu kereta jenis Perodua Kancil bertindak melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal yang berada di belakangnya dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak sekitar Bukit Raja, Klang.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang berdurasi lebih satu minit berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ken Block Faiz menerusi kumpulan Dashcam Owners Malaysia.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Berdasarkan perkongsian tersebut, pemilik kenderaan itu dilihat melanggar motosikal milik seorang penunggang p-hailing yang diparkir berhadapan tandas stesen minyak berkenaan.
“Ambil ‘side reverse‘ siap-siap takut tak lepas nak belok kanan nanti. Kancil kan panjang,” tulisnya dalam hantaran itu.
Sehubungan itu, rakaman berkenaan juga turut mencuri perhatian serta menimbulkan rasa tidak puas hati mereka yang menonton video tersebut. “Biasa pandu treler tapi hari ni bawa Kancil. Cermin pandang sisi pula kecil,” komen Al Mera.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
“Nasib dia la penunggang motosikal bukan kepala angin. Kalau jenis angin puting beliung mahu dia baling topi keledar dah. Sepak kereta lagi,” tulis Mohd Salim.
“Tak hairan kalau spesis macam ini masih wujud, memang susah nak hapuskan. Kena berhati-hati selalu,” pesan Tarpoktar Tarpoktar.
Dalam pada itu, sikap pemandu Kancil yang tidak berhenti serta meminta maaf kepada penunggang motosikal terbabit mencetus kemarahan orang ramai sekali gus menimbulkan persoalan dari mana individu terbabit mendapatkan lesen kenderaan. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI