ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya dua minggu sahaja tempahan Proton X50 sudah melebihi 20k? Memang betul pun!

Berita Tempatan

Views

Anda ingat tak lagi beberapa hari lepas kami menyiarkan artikel mengenai ura-ura yang mengatakan model Proton X50 telah berjaya mengumpul jumlah tempahan sebanyak 19,000 unit? Nampaknya informasi yang kami perolehi itu tepat kerana jumlah tempahan yang diperolehi hingga setakat ini sebenarnya telah melebihi 20,000 unit. Sungguh luar biasa!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Ketua Pegawai  Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata sejak tempahan mula dibuka pada 16 September lalu, hanya dalam masa dua minggu jumlah tempahan X50 telah melebihi jangkaan iaitu sebanyak 20,000 unit.

Tambah beliau, pihaknya ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada X50 dan mereka memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan  pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020 dan dalam masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Selain itu, Proton turut mencatat keputusan positif bagi kadar jualan tahun ke tahun untuk bulan ke-empat berturut-turut. Jumlah jualan pada bulan September adalah sebanyak 11,935 unit merupakan yang kedua tertinggi bagi tahun 2020, meningkat 4.9 peratus berbanding dengan Ogos dan 33.6 peratus berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019.

Proton juga telah menjual sebanyak 73,607 unit kenderaan pada tahun ini, dengan pegangan pasaran sebanyak 21.6 peratus dan menduduki tempat kedua dalam carta industri automotif Malaysia. Tiga model Proton masih mendahului segmen masing-masing pada bulan September iaitu X70 yang mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, manakala Persona dan Exora turut kekal sebagai model terlaris dalam kelas masing-masing,

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply