ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini bakal model Proton X50 PRO?

Berita Global

Views

Laman Facebook CarNewsChina.com telah memuat naik beberapa foto model Geely Bin Yue PRO yang bakal dilancarkan di China pada hujung bulan ini. Ia merupakan edisi terbaharu dari siri PRO selepas model Bo Yue @ Proton X70.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Bin Yue PRO dilengkapi dengan kit badan dan bumbung kemasan hitam kusam, spoiler depan, liang udara besar pada bampar, rim aloi kemasan hitam kusam dengan angkup brek merah, empat corong ekzos, bampar dengan gaya diffuser dan spoiler besar di bahagian belakang. Ruang kabinnya juga turut menggunakan kombinasi warna merah

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Menurut CarNewsChina, Bin Yue PRO akan dijana oleh enjin 1.5 liter 3-silinder turbo dari Volvo yang mampu menghasilkan 177 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas. Ia akan digandingkan dengan kotak gear 7-kelajuan DCT dan untuk perbandingan, versi Bin Yue kedua paling berkuasa hanya mampu menghasilkan 156 kuasa kuda!

Adakah Proton akan membawa Bin Yue PRO sebagai X50 PRO pada masa akan datang? Jika ada X70 PRO nanti, tidak mustahil X50 PRO juga akan menyusul. Namun segalanya terletak pada keputusan pihak pengurusan tertinggi Proton sama ada untuk membawanya masuk atau pun tidak.

Kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply