ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual 21,757 unit kereta pada suku pertama 2020

Berita Tempatan

Views

Proton mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 20.4 peratus pada suku pertama tahun 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sebanyak 21,757 unit berjaya dijual dalam tiga bulan pertama tahun ini, sekali gus turut mencatatkan kenaikan pegangan pasaran syarikat daripada 17.4 peratus kepada 20.1 peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

Penyumbang terbesar jualan Proton iaitu Saga, menunjukkan kenaikan sebanyak 36 peratus dengan jumlah jualan sebanyak 8,824 unit, manakala jualan Iriz meningkat sebanyak 602 peratus dengan jualan sebanyak 2,009 unit. Persona mencatat pertumbuhan 243 peratus dengan jualan sebanyak 5,677 unit manakala Exora pula meningkat 17 peratus dengan jualan sebanyak 1,091 unit.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Bagi model X70, meskipun terdapat penurunan sebanyak 48 peratus iaitu dengan jualan sebanyak 4,145 unit, namun ia masih kekal menjadi SUV terlaris di Malaysia pada suku pertama tahun ini. Bagi bulan Mac, Proton telah menjual sebanyak 3,277 unit kereta, turun sebanyak 41 peratus berbanding Mac 2019 dan 67 peratus berbanding Februari 2020.

Ia mungkin disebabkan penutupan kesemua pusat jualannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 dan dijangka turut menjejaskan jualan kereta secara drastik pada tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, momentum jualan bergerak perlahan disebabkan oleh PKP meskipun syarikat menunjukkan prestasi jualan yang kukuh pada bulan Januari dan Februari serta jauh lebih baik berbanding 2019.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tambah beliau, keselamatan negara serta rakyat Malaysia perlu diutamakan dan Proton menyokong tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan. Tahun 2020 dilihat sebagai begitu mencabar setelah berakhirnya PKP, di mana syarikat-syarikat perlu berhadapan dengan keadaan perniagaan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Buat masa ini, Proton meneruskan operasi bersama kakitangannya yang perlu bekerja dari rumah, serta mendapat kebenaran daripada MITI untuk membenarkan kakitangan terpilih untuk ke kilang bagi menyelenggara fasiliti di kilang.

Tambah Dr Li, Proton menggunakan masa yang ada ini sebaiknya untuk merangka strategi seterusnya dan bersedia menyahut cabaran yang mendatang. Melihatkan pada penambahbaikan yang kami kecapi sejak dua tahun lalu, beliau yakin bahawa Proton dapat mengatasi krisis ini dengan menumpukan matlamat jangka panjang syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply