Kami ingin kongsikan info yang menarik dari sahabat kami, Dr Aid Fawzal mengenai alat seperti kipas yang cukup popular pada era lewat 90an dan awal 2000. Salah satu jenama yang sinonim dengan alat ini adalah Surbo. Alat ini digembar-gemburkan mampu meningkatkan kuasa enjin, namun benarkah dakwaan tersebut?
Menurut beliau, alat ini diletakkan pada saluran udara kereta dan semasa enjin menyedut udara, ia akan memusingkan bilah kipas dan secara telahan, ia dapat menaikkan kuasa. Walaubagaimanapun, tiada carta dyno yang pernah disertakan oleh pencipta atau penjual sebagai bukti.
Ada beberapa kajian tidak saintifik menunjukkan alat ini tidak menaikkan kuasa atau daya kilas. Malah nilai bacaan prestasi menjadi berkurangan. Menurut konsep asal, alat ini dapat mengubahkan laluan angin lurus kepada angin berpusar (swirl flow). Angin berpusar mempunyai kebaikan dari segi arah laluan dan juga percampuran.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Pada sudut teori, ini sangat baik kerana angin berpusar menjanjikan laluan angin dengan aliran kehadapan yang lebih baik berbanding angin lurus. Ini kerana angin berpusar mengurangkan potensi aliran terbalik (reverse flow). Disebabkan aliran berbentuk pusaran, campuran bahan api dari karburetor atau injektor dapat bercampur dengan lebih sekata.
Ini cuma alasan teori. Jadi kenapa ia tidak meningkatkan kuasa?
Ada beberapa sebab kenapa tiada lebih penjanaan kuasa, antaranya adalah:
- Bilah kipas tadi dipusingkan oleh daya sedutan angin oleh enjin. Ini menyebabkan kuasa tidak akan meningkat kerana awal-awal lagi kuasa enjin telah ‘dicuri’ untuk memusingkan bilah kipas.
- Penambahan apa2 komponen pada sistem laluan udara kenderaan menyebabkan lemas atau sesak nafas . Situasinya sama macam keadaan kita sekarang, terpaksa memakai pelitup muka semasa berada di luar, kan rasa macam lemas.
- Parameter utama untuk meningkatkan prestasi enjin adalah tekanan udara. Disebabkan alat ini dipusingkan oleh sedutan enjin itu sendiri, ia tidak dapat meningkatkan tekanan udara yang masuk ke kebuk pembakaran. Teknik untuk mengingatkan tekanan ini hanya boleh didapatkan dengan penggunan turbocharger atau supercharger. Namun, ada beberapa kajian yang dijalankan untuk cuba menggunakan turbo dengan kuasa elektrik. Hasilnya sangat memberangsangkan tetapi mempunyai kekurangan lain (kuasa elektrik, alat kawalan, saiz pakej dan lain-lain).
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
Jadi, adakah penggunaan alat ini hanyalah sia-sia? Kalau sia-sia mengapa ada individu yang merasakan perubahan pada enjin mereka? Jawapannya adalah pada tindak balas. Alat sebegini dapat tingkatkan tindak balas dinamik kepada enjin. Pemandu dapat rasakan perbezaan sewaktu menukar dari satu gear ke satu gear. Sebab itu apabila mebaca testimoni, kebanyakan dariapa mereka akan kata lebih lancar semasa memotong.
Kenapa ini berlaku?
Ini kerana angin yg masuk berpusar menyukarkan angin tersebut untuk berpatah balik apabila pendikit minyak ditutup. Apabila pendikit dibuka, angin akan masuk secara menderu tanpa dalam masa yang singkat. Perihal ini benar jika pendikit dibuka, ditutup dan dibuka secara pantas.
Kesimpulan
Pada pendapat beliau, tidak perlulah membazirkan duit pada alatan macam ini. Kebaikan yang dibawa sangat sedikit berbanding dengan keburukannya. Usaha kejuruteraan yang diletakkan pada produk sebegini biasanya minimal, jadi material, kemasan dan pemasanganya tidak berkualiti. Dengan hanya satu kesilapan, bilah kipas mungkin boleh patah dan jika ia termasuk terus ke dalam enjin, ia akan membuat poket anda ‘rabak’ kerana dan sudah pastinya bakal memeningkan kepala si pengguna.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto dan info kredit Dr Aid Fawzal
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI