ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga rasmi Almera Turbo diumumkan – Dari RM79,906 hingga RM91,310

Berita Tempatan

Views

Hari ini pengedar sah jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasminya mengumumkan harga bagi ketiga-tiga varian Almera Turbo untuk pasaran tempatan. Tempahan model ini telah mula dibuka sejak 4 September lalu.

Harga Almera Turbo bermula dari RM79,906 untuk varian VL, RM85,715 untuk varian VLP dan varian dengan spesifikasi penuh VLT dijual pada harga RM91,310. Harga yang ditawarkan adalah harga atas jalan bagi Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans dengan pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2020.

ETCM turut menawarkan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan untuk semua varian Almera Turbo dengan lima kali servis percuma termasuk alat ganti dan kos buruh dalam tempoh lima tahun. Enam pilihan warna ditawarkan termasuk tiga warna baharu Radiant Red, Monarch Orange, dan Dark Metal Grey manakala tiga lagi warna sedia ada iaitu Brilliant White, Diamond Black dan Tungsten Silver.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Selain itu ETCM turut menawarkan pakej sewa beli istimewa melalui Promosi Pembiayaan Flexi iaitu RM688 sebulan bagi varian VL, RM738 sebulan untuk VLP dan VLT pula RM788 sebulan. Anda juga berpeluang untuk memenangi 10 unit iPhone SE dengan hanya memandu uji model Almera Turbo selain pembeli model ini turut layak untuk menyertai peraduan ‘Beli dan Menang’ yang menawarkan hadiah bernilai RM88,888!

Berikut adalah ringkasan spesifikasi Almera Turbo mengikut varian:

Varian VL – Harga RM79,906

Spesifikasi standard

Enjin HR10DET 1.0 litre Turbo (100PS dan 152Nm daya kilas)
Transmisi X-TRONIC CVT dengan D-Step Logic dan mod Sport

  • Lampu depan, lampu kabus dan lampu siang (DRL) jenis halogen
  • Lampu belakang dan lampu kasbus jenis LED
  • Diffuser belakang mengikut warna badan
  • Rim aloi 15-inci (195/65 R15)
  • Kunci Pintar (i-Key)
  • Stereng jenis rata di bahagian bawah
  • Kelompok meter bersama paparan pelbagai maklumat
  • Sistem pendingin hawa manual
  • Kerusi jenis separa bucket diinspirasikan dari Graviti-Sifar
  • Dua beg udara SRS
  • Amaran perlanggaran hadapan pintar (IFCW) dan brek kecemasan hadapan pintar (IFEB)
  • Kawalan dinamik kenderaan (VDC)
  • Sistem kawalan cengkaman (TCS)
  • Sistem brek anti-kunci (ABS)
  • Agihan daya brek elektronik (EBD)
  • Bantuan brek (BA)
  • Bantuan mula mendaki
  • ISOFIX bersama Top Tether

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Varian VLP – Harga RM85,715

Spesifikasi tambahan dari varian VL

  • Rim aloi 16-inci (205/55 R16)
  • Papan pemuka kemasan dwitona dengan bahan sentuhan lembut
  • Stereng balutan kulit
  • Kerusi jenis separa bucket diinspirasikan dari Graviti-Sifar dengan kemasan kulit
  • Kelompok meter separa digital dengan paparan berwarna bersaiz 7-inci
  • Unit infohiburan bersaiz 8-inci dengan sambungan Apple CarPlay™ dan enam pembesar suara
  • Pendingin hawa dengan fungsi kawalan iklim automatik
  • Enam beg udara SRS
  • Kamera pandang belakang

Varian VLT – Harga RM91,310

Spesifikasi tambahan dari varian VLP

  • Lampu depan, lampu kabus dan lampu siang jenis LED
  • Spoiler pada but belakang dengan kemasan hitam berkilat
  • Kawalan jelajah
  • Kamera 360 darjah
  • Pengesanan objek bergerak pintar (IMOD)
  • Amaran titik buta (BSW)
  • Amaran lintasan trafik belakang (RCTA)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply