ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aksi ‘tunggang lalu’ dalam pasar raya tarik perhatian warganet

Tular

Views

Sinar Harian melaporkan, tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil membunyikan hon dalam sebuah pasar raya di Sungai Besar mengejutkan para pengunjung semalam. Video berdurasi 14 saat itu tular selepas dimuat naik di laman Facebook dan mendapat ratusan komen serta perkongsian sejak malam tadi.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas di pasar raya itu, Amirul Asyraf Ibrahim, 20, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam. Katanya, dia melihat penunggang motosikal itu masuk secara mengejut melalui laluan keluar pasar raya sambil dikejar pengawal keselamatan.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Amirul Asyraf berkata, lelaki yang turut memakai pelitup muka dan mengenakan topi keledar itu kemudian terus ke laluan belakang dan berpatah semula ke depan sebelum keluar dari pasar raya terbabit. Tambahnya, lelaki itu dikatakan mempunyai masalah mental, namun sejauh mana dakwaan itu tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, Amirul Asyraf yang menggunakan akaun nama Facebook, Amirul Kacaks memuat naik video itu hingga tular di beberapa laman Facebook. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. Ujarnya, setakat ini, polis tidak menerima sebarang aduan tentang perkara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply