ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seorang kakitangan MRT positif COVID-19, proses nyah kuman dilakukan malam tadi

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media di laman Facebook rasmi Rapid KL, syarikat tersebut mengumumkan seorang kakitangan operasi MRT Laluan Kajang telah disahkan positif COVID-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh. Kakitangan berkenaan, yang bertugas sebagai pengendali tren atau ‘transit officerbertugas buat kali terakhir pada 21 Oktober 2020.

Sehubungan dengan itu, Rapid Rail telah melaksanakan proses nyah kuman dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan malam tadi berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Tambah kenyataan itu, tren-tren MRT pula sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan. Semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan staf berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM.

Selain itu, semua agensi-agensi berwajib yang berkenaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan tentang langkah-langkah yang telah diambil.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Pihak pengurusan dan kakitangan Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.

Perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana – LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti- henti adalah selamat digunakan. Para pengguna diingatkan supaya mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman, mengimbas suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply