ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Model Y tiba secara rasmi di Malaysia! Tiga pilihan varian, harga bermula dari RM199,000

Berita Tempatan

Views

Malaysia hari ini menerima kemasukan satu lagi jenama kenderaan elektrik (EV) terkemuka di dunia iaitu Tesla yang pada masa sama turut melancarkan model sulungnya, iaitu SUV elektrik saiz sederhana, Model Y.

Model ini merupakan SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5-bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

Tempahannya telah pun mula dibuka sejak 14 Julai lalu dan penghantarannya dijangka akan bermula pada awal 2024. Model Y ditawarkan dengan tiga pilihan varian dengan harga bermula dari:

  • Model Y (Pacuan Roda Belakang) – RM199,000
  • Model Y Jarak Jauh – RM246,000
  • Model Y Prestasi Tinggi – RM288,000

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu, Pearl White Multi-CoatSolid BlackMidnight Silver MetallicDeep Blue Metallic dan Red Multi-Coat.

Pelanggan yang memilih warna Solid BlackMidnight Silver MetallicDeep Blue Metallic perlu membayar tambahan RM 5,000, manakala untuk warna Red Multi-Coat pula akan dikenakan caj tambahan RM 10,000.

Pilihan warna standard bagi ruang kabin pula adalah hitam, manakala pilihan warna dwitona (hitam/putih) turut ditawarkan dengan bayaran tambahan RM5,000.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Model ini ditawarkan dengan dua pilihan saiz rim, iaitu Gemini Wheels bersaiz 19-inci dan Induction Wheels bersaiz 20-inci dengan tambahan harga RM10,000.

Ia juga ditawarkan dengan ciri tambahan seperti Enhanced Autopilot yang merangkumi fungsi Navigate on AutopilotAuto Lane ChangeAutoparkSummon dan Smart Summon pada harga RM16,000.

Selain itu, ciri swapandu sepenuhnya (Full Self-Driving Capability) yang mempunyai segala ciri pada Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot turut ditawarkan pada harga RM32,000.

Pada masa akan datang ia akan ditawarkan dengan ciri tambahan seperti Traffic Light and Stop Sign Control dan Autosteer on city streets.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Model Y:

Versi Model Y

(Pacuan Roda Belakang)

Model Y Jarak Jauh

Pacuan Semua Roda Dwi-Motor

Model Y Prestasi Tinggi

Pacuan Semua Roda Dwi-Motor

Jarak455 km533 km514 km
Kelajuan Maksimum217 km/j217 km/j250 km/j
Pecutan
0-100 km/j
6.9 s5.0 s3.7 s
Tempat dudukHanya pilihan 5-tempat duduk yang disediakan buat masa ini
Roda19-inci / 20-inci 19-inci / 20-inci21-inci
Harga RM199,000RM246,000RM288,000

*Varian Prestasi Tinggi mempunyai kelajuan maksimum lebih tinggi, roda Überturbine 21-inci, suspensi lebih rendah, brek prestasi tinggi, spoiler gentian karbon dan injak prestasi tinggi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Model Y dipacu oleh motor elektrik yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.7 saat (varian Prestasi Tinggi) dengan jarak pemanduan sehingga 533 km (WLTP) bagi setiap pengecasan.

Ia mempunyai kapasiti bagasi 2,100 liter dan boleh memuatkan sehingga 5 orang penumpang. Selain itu antara ciri-ciri menariknya termasuklah bumbung kaca sepenuhnya, autopandu, ciri-ciri keselamatan aktif, sistem penapisan HEPA dan Mod Pertahanan SenjataBio (Bioweapon Defence Mode).

Pelanggan boleh menikmati pelepasan duti import dan eksais bagi pendaftaran baharu kenderaan elektrik emisi-sifar Tesla (kenderaan elektrik unit import sepenuhnya) dan pemansuhan cukai jalan 100 peratus.

Pemilik Tesla juga boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi perbelanjaan berkaitan kos pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa beli peralatan atau yuran langganan untuk pengecas EV, untuk tahun taksiran 2023.

Mereka yang berminat untuk melihat lebih dekat semua varian Model Y boleh berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur bermula hari ini (20 Julai) sehingga 31 Oktober nanti. Ia akan dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Tesla turut memasang kumpulan pertama ‘pengecas Supercharger‘nya yang terletak di ruang parkir Pavilion yang menawarkan pengecasan pantas DC hingga 250 kW. Sembilan lagi rangkaian pengecas Supercharger akan dibina secara berperingkat.

Antara lokasinya adalah di Kuala Lumpur, Iskandar Puteri, Johor, Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Dengkil, Selangor, Ipoh, Perak dan Perai, Pulau Pinang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply