ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Aletra mula uji Proton ‘Exora tak jadi’ versi EV atau Livan Maple 80V Pro di Indonesia

Foto Intip

Views

Dalam artikel terdahulu, kami telah menyiarkan berita tentang model ‘Proton Exora tak jadi‘ versi elektrik (EV) atau Livan Maple 80V Pro yang akan dibawa masuk ke pasaran Indonesia menggunakan lencana Aletra.

Livan Maple 80V Pro adalah model MPV elektrik yang berasaskan kepada model Geely Jiaji yang dijual di pasaran negara China.

Indra Fathan sempat bergambar dengan unit ujian Aletra @ Livan Maple 80V Pro

Kini, Aletra sudah mula menguji Livan Maple 80V Pro di Indonesia dan kelibat unit ujian dengan pelitup celoreng penyamaran telah berjaya dirakam oleh sahabat media kami di sana, iaitu saudara Indra Radian Fathan.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Menurutnya, unit ujian tersebut kini telah memulakan ujian jalan raya dan berlegar di sekitar bandar raya Jakarta, Bekasi, Sentul, sehingga ke Bali.

MPV elektrik ini bakal berada dalam segmen yang sama dengan Toyota Kijang Innova dan menurut Indra, Aletra ini kelihatan lebih panjang dan lebar sedikit jika dibandingkan dengan Innova.

Bukan itu sahaja, ruang bagasi Aletra juga kelihatan lebih besar dan lebar. Untuk pasaran Indonesia, versi Aletra dikatakan memiliki spesifikasi yang lebih baik berbanding Livan Maple 80V Pro dan ia bakal dilengkapi motor elektrik yang lebih besar dan pek bateri generasi baharu.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Model ini akan dilengkapi dengan beberapa ciri mewah seperti bumbung panoramik, panel papan pemuka dari bahan sentuhan lembut dan bolong penghembus pendingin hawa di bahagian atas.

Tambah Indra lagi, Aletra akan memasang MPV elektrik ini secara tempatan (CKD) di fasiliti pengeluarannya yang terletak Cikampek, Jawa Barat.

Ia bakal membuat kemunculan di Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) 2024 pada 22 November hingga 1 Disember nanti, manakala penghantarannya akan bermula pada bulan Mac 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Indra Fathan

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply