ARKIB

KATEGORI

BuletinRencana

Allianz General cari bengkel PARS untuk sertai panel Pembaik Sah Allianz untuk tahun 2023 dan 2024

Berita Tempatan

Views

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) sedang mencari bengkel-bengkel Skim Pembaik Disahkan PIAM (PARS) di seluruh negara melalui tender terbuka untuk menyertai panel Pembaik Sah Allianz untuk tahun 2023 dan 2024.

Jemputan akan dihantar kepada semua bengkel PARS di seluruh negara pada 11 Oktober 2022. Bengkel-bengkel PARS yang berminat perlu mengemukakan permohonan sebelum atau pada 17 Oktober 2022.

Pembaik Sah Allianz adalah sebahagian dari perkhidmatan kemalangan 24-jam Allianz Road Rangers dari Allianz General, yang telah berkhidmat untuk lebih 330,000 pelanggan sejak dilancarkan pada tahun 2017 hingga Ogos 2022.

Allianz General telah merombak panel bengkelnya pada tahun 2020 dan telah menerima 195 buah bengkel PARS melalui sebuah proses tender terbuka.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams, inisiatif ini adalah untuk mengekalkan budaya persaingan dan kompeten serta menegaskan semula komitmennya dalam memberikan perkhidmatan tambah nilai yang terbaik kepada para pelanggan.

Pihaknya kini sedang mencari pembaik yang diiktiraf PARS yang boleh memenuhi kriteria perkhidmatan mereka dan mampu memberikan perkhidmatan Bantuan Kemalangan dan Tepi Jalan serta perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Disebabkan ada bengkel yang mengalami kekurangan tenaga berkemahiran, kenaikan kos pekerja dan harga alat ganti, pihaknya telah mengambil kesemua faktor tersebut sebagai pertimbangan dalam memproses permohonan tender.

Selain dari rombakan panel pembaik, Allianz General juga telah menambah baik SOP untuk menyokong dan memastikan panel pembaik kekal menguntungkan dan kekal berdaya saing. Selain itu, mereka telah memperkenalkan bayaran pendahuluan untuk kesemua pembaikan.

Lima peratus dari jumlah keseluruhan yang diluluskan akan dibayar sebaik sahaja diluluskan (termasuk kelulusan awal dan kelulusan laporan tambahan, dll), diikuti dengan 25 peratus (termasuk kelulusan tambahan) dan apabila Pembaik mengemas kini progres pembaikan pada 50 peratus, dan baki 25 peratus dibayar pada hari yang sama sejurus dokumen yang berkaitan dihantar.

Allianz Road Rangers ialah sebuah perkhidmatan kemalangan 24-jam yang ditawarkan kepada semua pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive untuk memastikan pengalaman pelanggan mudah dan lancar apabila membuat tuntutan kemalangan.

Perkhidmatan ini menampilkan Talian Bantuan 24-Jam, armada Allianz Road Ranger (Pasukan Bermotosikal dan Trak Tunda Allianz), Perkhidmatan Bantuan Tuntutan, Baucar e-hailing, Kelulusan Tuntutan Segera dan Penghantaran Kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply