ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sangka laluan masih ditutup, wanita maut Proton Saga dirempuh treler

Berita Tempatan

Views

Kerana menyangka laluan Jalan Bentong-Raub masih ditutup, sebuah kereta yang keluar secara mengejut dari Simpang Lebu, dirempuh sebuah treler menyebabkan seorang penumpang wanita maut di Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub di Bentong, semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian pada pukul 11 malam itu berlaku ketika mangsa, Wan Foong Kueen, 57, yang menaiki kereta bersama tiga penumpang dan dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Raub.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jelasnya, setiba di Simpang Lebu, pemandu kereta membelok ke kanan untuk keluar ke jalan utama menghala ke Raub. Tiba-tiba datang sebuah treler dari arah Raub melanggar bahagian sisi kanan kereta tersebut mengakibatkan kereta itu berpusing.

Seorang penumpang wanita yang duduk di belakang cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta dan tiga lagi penumpang pula cedera.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Menurut Zaiham, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. Siasatan sedang giat dijalankan di bawah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dan pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara barhati-hati cuaca tidak menentu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply