ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM jalin kerjasama eksklusif dengan Liga Suparimau

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) minggu lalu telah mengumumkan kerjasama eksklusif dengan liga bola sepak akar umbi di seluruh Malaysia, iaitu Liga Suparimau.

Kerjasama merupakan sebahagian daripada kempen “We Drive Football” yang dilancarkan oleh Volkswagen baru-baru ini.

Sebagai rakan automotif rasmi Liga Suparimau, Volkswagen akan tampil dalam perlawanan-perlawanan bola sepak tertentu di seluruh negara, termasuklah pada peringkat akhir yang bakal berlangsung pada Disember depan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Pada akhir musim, Volkswagen akan mengumumkan 12 pemenang pertandingan Gol Terbaik Musim Ini yang diambil daripada 12 kategori berbeza dalam Liga Suparimau.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Volkswagen sememangnya sinonim dengan bola sepak di seluruh dunia. Kerjasama dengan Liga Suparimau menjadi satu cara terbaik buat VPCM menyokong dunia bola sepak yang pesat berkembang di Malaysia, terutama di peringkat akar umbi.

Tambahnya, Volkswagen Group telah menjuarai inisiatif bola sepak di seluruh dunia sejak bertahun-tahun lamanya. Daripada menjadi rakan mobiliti rasmi untuk EURO 2020 hinggalah bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Bagi Pengarah Perlawanan Liga Suparimau, William Kucia pula, pihaknya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Volkswagen Malaysia dan melancarkan pertandingan Gol Terbaik Musim Ini.

Katanya, Liga Suparimau kini beroperasi di sembilan buah negeri dengan lebih 500 pasukan berdaftar mengambil bahagian dalam musim C yang baru sahaja bermula.

Liga Suparimau ialah liga bola sepak remaja yang dilancarkan pada Januari 2022 di seluruh Malaysia. Ia melibatkan liga pemain lelaki dan wanita berusia di antara 5 hingga 17 tahun dengan misi untuk menyediakan peluang dan pertandingan yang konsisten buat pemain muda di semua negeri menjelang tahun 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply