ARKIB

KATEGORI

Buletin

Allianz Partners dan Waze tawar perkhidmatan bantuan pinggir jalan

Berita Tempatan

Views

Selepas pelancaran yang berjaya di seluruh Eropah pada 2018, Allianz Partners dan Waze telah mengumumkan perkembangan kerjasama mereka untuk membekalkan servis bantuan pinggir jalan ke lebih daripada 10 juta pengguna Waze di seluruh Asia Pasifik, iaitu di Singapura, Malaysia, India, Indonesia, Thailand dan Australia.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Para pemandu boleh mengakses perkhidmatan bantuan pinggir jalan atas permintaan yang dibekalkan oleh Allianz Partners. Dengan hanya mengetik butang Bantuan Pinggir Jalan (‘SOS’) menerusi aplikasi Waze, anda boleh mendapatkan bantuan dari platform digital ataupun pusat panggilan. Pengguna Waze akan dibantu di mana sahaja mereka berada, 24/7 sekiranya mereka menghadapi kerosakan, tayar pancit ataupun kehabisan bateri.

Perkhidmatan ini telah dilancarkan pada Julai 2018 di 20 buah negara Eropah, dan telah memberi lebih daripada 22 juta pengguna Waze akses kepada bantuan pinggir jalan atas permintaan. Allianz Partners akan membekalkan bantuan penyelesaian atas permintaan segera kepada para pengguna yang mahir digital.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

Sylvie Ouziel, CEO Bantuan dan APAC di Allianz Partners berkata, misi mereka adalah untuk membekalkan para pelanggan rakan kongsi perniagaannya dengan servis mobiliti tambah nilai yang terbaik menerusi aplikasi Waze setiap hari. KK Kumar, Ketua Waze APAC pula berkata, kerjasama mereka dengan Allianz Partners membolehkan Bantuan Pinggir Jalan mereka lebih menyeluruh di seluruh Asia Pasifik.

Para pengguna Waze kini boleh mengakses servis bantuan pinggir jalan Allianz Partners di serata dunia, di Singapura, Malaysia, India, Indonesia, Thailand, Australia, Perancis, Itali, Greece, United Kingdom, Turki, Russia, Belanda, Belgium, Portugal, Sepanyol, Ukraine, Romania, Slovakia, Hungary, Poland, Austria, Republik Czech, Switzerland, Ireland dan Jerman.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply