Pakar manipulasi digital, Sifu Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin telah kongsikan kepada kami karya terbaharunya, Proton Iriz S1000. Menurutnya, Iriz S1000 merupakan versi ‘poket-roket’ hatchback kompak Proton yang diilhamkan sempena meraikan kejayaan pengeluar tersebut dalam perlumbaan Sepang 1000km.
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
Apa perubahan yang dilakukan pada model ini?
- Bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty dengan lips gentian karbon.
- Jeriji hadapan kemasan hitam dengan emblem huruf R berwarna merah.
- Skirt sisi dengan dua tona warna – hitam dan merah.
- Spoiler belakang gentian karbon yang bersaiz besar.
- Rim lebih besar, jarak dan saiz tayar lebih lebar.
- Fender hadapan lebar dengan corong angin pada bahagian sisi pintu.
- Corong angin pada tiang-A dan garisan penutup bonet.
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
Katanya lagi, anda hanya perlu membayangkan enjin 1.5 turbo Geely di bawah bonetnya. Kami tambah sikit lagi, dengan gandingan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-Klac (DCT). Walaupun ia sekadar imaginasi, tidak mustahil ia boleh direalisasikan jika Proton berminat untuk mengeluarkannya dalam unit yang terhad. Betul tak?
Apa pendapat anda, boleh bikin ke tak model ni?
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI