ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anda boleh dikompaun RM500 kalau parkir kenderaan depan rumah sendiri atau jiran – MBPG

Berita Tempatan

Views

Berkuatkuasa 2 Oktober lalu, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mengeluarkan notis melarang pemilik rumah atau jiran meletak kenderaan awam di hadapan rumah masing-masing.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Bandar MBPG, sesiapa yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Seksyen 49(1)(g) Akta Jalan Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang kecil 3(n) Undang-undang Kecil Vandalisme (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) 2011 dan perintah 17(1) dan 17(2) perintah lalu lintas jalan (peruntukan mengenai tempat meletak kenderaan) Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2011.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Tindakan mengenakan kompaun serta merta boleh dikenakan dibawah undang-undang kecil kompaun kesalahan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (MBPG) 2010 sebanyak RM500 dan dibawah undang-undang kecil jalan, parit dan bangunan dengan kadar maksima RM2,000.

Difahamkan MBPG mengambil tindakan tegas itu susulan meningkatnya laporan pemilik rumah yang mendakwa jiran sering meletakkan kenderaan di hadapan rumah mereka dan mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan penduduk. – Buletin TV3

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply