ARKIB

KATEGORI

Info

Angkara kereta masuk simpang tak bagi signal penunggang motosikal ini patah jari dan kaki

Info

Views

Baru-baru ini kecoh di laman sosial video tular yang memaparkan seorang penunggan motosikal menampar dan menumbuk muka seorang pemandu kereta wanita yang dipercayai masuk simpang tanpa menyalakan lampu signal. Kes itu sudah disiasat oleh pihak polis dan difahamkan lelaki yang menunggan motosikal tersebut telah ditahan.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Nampaknya kes masuk simpang tanpa memberi signal ini semakin menjadi-jadi dan beberapa hari lalu, seorang lagi penunggang motosikal menjadi mangsa. Kali ini dia tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan yang parah, patah beberapa jari tangan dan juga tulang betis sehingga terpaksa dirawat di Hospital Serdang.

Menurut mangsa, Asyraf Yusuff, kejadian berlaku pada 30 April lalu angkara sebuah Perodua Myvi masuk simpang tanpa menyalakan signal. Motosikal KTM RC125 miliknya juga dikatakan ‘total lost’. Status hantaran di laman Facebook peribadinya itu telah mendapat pelbagai reaksi warga net dan turut dikongsi sebanyak 5,800 kali.

JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Asyraf turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang menziarahnya di hospital dan juga mendoakan kesihatannya. Kami amat bersimpati dengan apa yang berlaku, dan berdoa agar Asyraf cepat sembuh.

Kami juga berharap pemandu kereta yang cuai itu didakwa atas kesalahannya dan membantu Asyraf melangsaikan kos perubatan nanti. Kepada pemandu kenderaan, signal bukan barang perhiasan, bukan untuk disimpan tetapi untuk digunakan. Jangan sampai mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Fikir-fikirkanlah.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply