Memang tak sempurna ujian kereta-kereta baharu Proton kalau tak sampai ke puncak Genting Highlands kan? Seperti biasa ini merupakan laluan wajib untuk menguji keupayaan unit ujian tersebut mendaki bukit yang tinggi.
Semalam kelibat unit ujian Proton X50 yang sebelum ini dikesan sekitar MRR2 telah berjaya ditemui oleh Alvin Lim di pusat peranginan tersebut. Beberapa foto sempat dirakam dan telah dikongsikan di laman group Proton X50 Community Malaysia (X50CM).
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
Walaupun resolusi foto agak rendah dan sedikit kabur namun kita dapat melihat dengan jelas model Geely Bin Yue@SX11 digunakan sebagai ‘keldai ujian’ awal. Kemungkinan besar unit ini masih lagi dengan pemanduan sebelah kiri.
Kami menjangkakan versi sebenar Proton X50 akan membuat ujian jalan raya menjelang akhir tahun ini sebelum ia dilancarkan pada tahun depan. Model ini bakal dipasang secara pemasangan tempatan di Tanjung Malim bersama-sama X70.
JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi
Jadi selepas ini anda tak perlu ragu-ragu lagi dengan keupayaan model SUV kompak ini sama ada boleh naik ke Genting Highlands ataupun tidak. Pilihan enjin yang ditawarkan pada model ini mempunyai kuasa yang lebih dari cukup untuk membawa anda sekeluarga ke GPO atau taman tema nanti.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI