ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Proton X50 dikesan sekitar MRR2

Foto Intipan

Views

Agak lama juga kita tak mendengar perkhabaran mengenai bakal SUV kedua Proton ini kan? Baru-baru ini kelibat unit ujian awal Proton X50 telah dimuat naik ke laman Facebook group Proton Saga VVT Community (Malaysia) oleh Ejoi Ejam Pjk Amp. Menurut Ejoi, unit ujian X50 itu telah berjaya dikesan sekitar MRR2 oleh rakannya.

Unit berwarna biru itu nampak agak ranggi dengan rekaan SUV kompak tersebut. Ia juga masih sarat dengan celoreng penyamaran dibeberapa bahagian dan masih menggunakan model asal dari Geely, iaitu Bin Yue@SX11.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Model yang dibangunkan dari pelantar B-segment Modular Architecture (BMA) ini bakal mencabar beberapa SUV kompak termasuklah Honda HR-V, Toyota C-HR, Toyota Rush, Perodua Aruz dan juga Nissan Kicks yang bakal dilancarkan tahun depan.

Tanda dagangan nama Proton X50 juga telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada bulan September tahun lalu. Selain itu beberapa nama lain turut didaftarkan termasuklah V50, V70, V500, V700, X500, dan X700.

Di negara asalnya China, SUV kompak ini diberi dua pilihan penjana tenaga,  1.5L dan 1.0L. Enjin 1.5L turbo dipadankan bersama kotak gear Dwi-Klac (DCT) 7-kelajuan dan mampu menjana 174hp dan 255Nm daya kilas, manakala gandingan enjin 1.0L turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan mampu menghasilkan 134hp dan 205Nm daya kilas.

JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Model ini dilengkapi dengan sistem teknologi pemanduan autonomi Tahap 2 (Level 2) seperti Kawalan Jelajah Pintar (ICC) yang berfungsi sehingga kelajuan 150 km/j serta mampu menukar lorongnya sendiri dan Bantuan Parkir Automatik (APA).

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengecaman pejalan kaki, Pengesan Titik Buta (BSD). SUV kedua Proton ini bakal dilancarkan pada tahun depan dan bakal dikeluarkan di kilang baharu Proton-Geely di Tanjung Malim.

Untuk tahun ini Proton telah mengesahkan ada tiga lagi model bakal diperkenalkan selepas Iriz dan Persona 2019. Ia termasuklah dua model yang dinaik taraf, Saga facelift yang dikatakan bakal menerima transmisi automatik baharu dan Exora RC. Selain itu X70 versi pemasangan tempatan (CKD) akan turut diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply