ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angkara pemandu mabuk, pekerja syarikat kurier maut

Berita Tempatan

Views

Lagi kes kemalangan maut angkara pemandu mabuk. Sinar Harian melaporkan, seorang pekerja syarikat kurier tidak sempat menikmati gaji pertamanya selepas maut dilanggar pemandu mabuk di kilometer 34.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, ketika kejadian pada jam 6 pagi, mangsa berusia 42 tahun membonceng motosikal ditunggang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah. Jelas Nik Ezanee, ketika di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu oleh seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta telah hilang kawalan dan melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan rakannya.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Tambah beliau, ujian kandungan alkohol ke atas pemandu berusia 22 tahun itu mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol. Nik Ezanee berkata, rakan mangsa berusia 30 tahun cedera parah dan kini berada di zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kata beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkembangan berasingan, Nik Ezanee memaklumkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya telah melaksanakan operasi di Jalan PJS 8/9 di sini pada jam 12.01 tengah malam sehingga 2.30 pagi tadi. Menurutnya, dalam operasi itu, seramai 35 pengguna jalan raya dan kenderaan telah diperiksa.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Kata beliau, pihaknya telah mengeluarkan dua saman bagi kesalahan tiada lesen memandu. Ujarnya lagi, seorang warga tempatan berusia 28 turut ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol setelah ujian saringan alkohol dibuat ke atas dirinya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperkasakan lagi Op Alkohol bagi mengekang dan membanteras kesalahan-kesalahan yang melibatkan pengguna jalan raya memandu di bawah pengaruh alkohol. Katanya, pemanduan di bawah pengaruh alkohol ini boleh membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian orang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply