ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angkasawan China buat ‘spacewalk’ di stesen angkasa baharu

Berita Global

Views

Angkasawan China buat julung kalinya berjalan di angkasa (spacewalk) di stesen angkasa baharu, menurut media kerajaan negara itu. Menurut Berita Harian, ini adalah kali kedua angkasawan negara itu keluar dari kapal angkasa mereka ketika berada di angkasa.

Tiga angkasawan China berlepas ke stesen angkasa baharu, Tiangong, bulan lalu, di mana mereka akan tinggal selama tiga bulan dalam misi paling lama oleh angkasawan China setakat ini. Stesen penyiaran CCTV berkata, dua daripada mereka keluar daripada kabin utama stesen angkasa itu untuk berjalan di angkasa pagi tadi.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Angkasawan pertama, Liu Boming, dipindahkan menerusi tangan mekanikal ke stesen kerja manakala rakannya, Tang Hongbo, bergerak dengan mendaki ke bahagian luar kabin stesen berkenaan.

Misi mereka adalah mengangkat kamera panorama di luar kabin utama, Tianhe dan memastikan keupayaan pergerakan tangan mekanikal robotik. Rakaman televisyen menunjukkan angkasawan bersiap untuk berjalan di angkasa dengan memakai peralatan dan melakukan pemeriksaan kesihatan ketika bersenam di kabin.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mereka kemudian dilihat membuka pintu dan keluar daripada kabin dengan aktiviti angkasa pertama itu dirancang dijangka berlangsung selam enam atau tujuh jam.

Pelancaran misi pertama di China selepas lima tahun adalah misi berprestij besar bagi negara itu di saat Beijing menandakan ulang tahun ke-100 Parti Komunis. Selain Liu dan Tang, komandan misi itu adalah Nie Haisheng, iaitu juruterbang tentera udara yang sudah terbabit dalam dua misi angkasa sebelum ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply