ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apabila Saga FLX diberi sentuhan rekaan terkini Proton, inilah hasilnya!

Gambaran artis

Views

Pada sebelah siang tadi, kami kongsikan hasil karya manipulasi digital Proton Saga facelift 2019 dari rakan sekutu, TheAjerul. Baharu sahaja tadi, kami menerima imej eksklusif Saga FLX yang disuntik dengan elemen rekaan terkini Proton hasil karya Sifu manipulasi foto Chin Swee Hoe.

Beliau secara jujur lebih meminati gaya rekaan pada model Saga FLX yang dikatakan lebih baik dari segi reka bentuk, nisbah rekaan yang lebih seimbang dan rupa yang lebih matang berbanding Saga generasi ketiga. Hasilnya, Saga FLX telah diolah kembali dengan menerapkan elemen Infinite Weave pada bahagian jeriji, serta bampar depan yang lebih kemas dan moden.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Bentuk asal lampu hadapan asal Saga FLX masih dikekalkan tetapi diubah menjadi lebih futuristik dengan memasukkan lampu nyalaan siang LED (DRL) di dalamnya. Kami suka bentuk bampar hadapan yang kurang berserabut dengan bar krom halus melintang di atas salur angin yang  menampakkan visual kereta ini lebih lebar.

Bahagian sisi Saga FLX tidak diusik untuk mengekalkan keaslian rekaan asalnya, tetapi antena ‘sirip jerung’ telah menggantikan antena sedia ada. Di bahagian belakang pula, perubahan ketara dibuat pada bahagian lampu dan bampar. Logo harimau Proton kini dihilangkan dan digantikan dengan hanya ejaannya.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Lampu belakang pula dibesarkan sedikit dengan memasukkan lampu LED yang berbentuk ‘ladam kuda’ yang menggengam lampu undur di tengah-tengah. Bampar belakang nampak agak ringkas tapi pada pemerhatian kami ia memang kena dan ada kesinambungan dengan rekaan bampar depan.

Secara keseluruhan, karya yang dibuat oleh Chin Swee Hoe ini sangat baik dan berjaya ‘meremajakan’ semula rekaan Saga FLX. Terima kasih kepada Chin Swee Hoe kerana sudi kongsikan karya terbaharunya untuk tatapan pembaca setia laman web kami.

Apa pendapat anda mengenai rekaan ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen!

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply