ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi terhad Yamaha Y15ZR Ultraman diperkenalkan – 100 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

Kami yakin ramai peminat Yamaha Y15ZR dan adiwira Jepun, Ultraman akan teruja dengan berita ini! Welly Assorted Sdn Bhd membawakan 100 unit model Edisi Terhad Ultraman, hasil kerjasama mereka dengan Taigaco Sdn. Bhd.

Taigaco merupakan pemegang lesen untuk karekter Ultraman klasik original di Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Brunei. Pemegang hakcipta bagi segala keturunan Ultraman pula adalah milik Tsuburaya Production dari Jepun.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Apa yang menarik pada Yamaha Y15ZR Edisi Terhad Ultraman?

  • Rekaan grafik badan bertemakan Ultraman dengan teknik semburan berus angin (airbrush).
  • Emblem khas edisi terhad.
  • Tuil brek dan klac Rapido.
  • Penutup enjin Yamaha.
  • Penutup radiator Y15ZR.

Selain itu pemilik Yamaha Y15ZR Ultraman akan turut menerima sijil pengesahan, emblem edisi terhad tambahan, kemeja-t Ultraman edisi terhad, poskad Ultraman dan foto belakang tabir yang eksklusif. Pra-tempahan model ini telahpun dibuka dan kumpulan pertama model edisi terhad ini akan mula dihantar kepada pemiliknya bermula bulan depan.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Yamaha Y15ZR Ultraman dijual pada harga RM12,688 dan pelanggan turut ditawarkan dengan pakej pembiayaan sehingga 90 peratus dengan faedah serendah 0.65 peratus daripada AEON. Jadi tunggu apa lagi, tempahlah model ‘rare’ ini sekarang, lepas ni dah boleh jadi ‘collectors item’, ‘confirm’ boleh jual harga tinggi punya!

Kami harap lepas ini ada Yamaha Y15ZR versi Polis Angkasa Gavan dengan Kesatria Baja Hitam pula! Tunggu!

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Welly Assorted Sdn Bhd.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply