ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki mabuk rempuh gerai nasi lemak – Pemilik gerai maut, suaminya cedera parah

Berita Tempatan

Views

Satu kejadian kemalangan maut yang tragis berlaku jam 9 pagi tadi di Jalan Bertam Indah arah Bertam berhadapan Masjid Al Taqwa, Kepala Batas yang melibatkan sepasang suami isteri yang berniaga nasi lemak di tepi jalan tersebut. Mangsa Roslinda Mohamad Isa, 44, bersama suaminya, Mat Subri Saad, 44 telah dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terbabas lalu merempuh gerai mereka.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, rempuhan itu menyebabkan kedua-duanya tercampak lebih empat meter dan mengalami kecederaan yang parah. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan, namun Roslinda disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Suaminya yang cedera parah itu masih ditempatkan di hospital tersebut. Susulan kejadian itu, pemandu kereta berusia 31 tahun yang juga lelaki warga tempatan telah ditahan untuk siasatan. Hasil ujian air kencing lelaki berkenaan mendapatinya positif ganja.

Selain itu, orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut mendakwa pemandu berkenaan berada dalam keadaan mabuk dengan penemuan tin minuman keras di dalam kereta dipandunya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto dan info kredit Penang Kini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply