ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi Gerak Malaysia terima 300,000 permohonan dalam tempoh 12 jam

Berita Tempatan

Views

Menurut Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 300,000 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia dalam tempoh 12 jam ia dilancarkan. Tambah beliau, daripada jumlah berkenaan 100,000 pemohon adalah untuk mendapatkan permit perjalanan rentas negeri (Inter-state).

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Jelas beliau, mereka ini adalah yang terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing ekoran pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, PDRM menjangkakan jumlah permohonan berkenaan meningkat berkali ganda menjelang 1 Mei 2020.

Huzir berkata, pihaknya akan memastikan setiap permohonan diterima adalah untuk tujuan yang dibenarkan sahaja. Jelas beliau, dalam tempoh ini, PDRM akan memantau dan menilai trend permohonan diterima melalui aplikasi Gerak Malaysia.

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

Kata beliau, hasilnya akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan supaya tarikh pergerakan yang diumumkan semalam dapat dikaji semula dan diselaraskan mengikut jumlah permohonan. Menurutnya, masyarakat diminta memberikan kerjasama dengan hanya memohon mendapatkan permit pergerakan rentas negeri atas sebab sahih seperti ditetapkan.

Tambah beliau lagi, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan sistem aplikasi atas talian Gerak Malaysia dapat dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar perlu. Perkembangan lanjut mengenai jadual pergerakan antara negeri akan diumumkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply