ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dakwaan pelantar minyak ditutup tidak benar – Petronas

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan dakwaan bahawa ia menutup pelantarnya, di luar pesisir Malaysia, selain daripada yang telah menamatkan operasi penggerudian mereka atau ditangguhkan sementara berikutan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Jelas Petronas, sebanyak 18 pelantar minyaknya masih beroperasi di perairan Malaysia. Syarikat minyak nasional itu berkata demikian dalam kenyataan semalam bagi mengulas laporan berita pada Jumaat, yang mendakwa sebanyak 14 pelantar minyak Petronas tidak aktif dan 14 projek dihentikan.

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

Menurut kenyataan itu, Petronas juga ingin menjelaskan bahawa terdapat penangguhan sementara projek di beberapa tapak kerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pada masa ini, kebanyakan projek ini sama ada telah menyambung semula aktiviti kerja mereka atau disambung semula tidak lama lagi selepas mendapat kelulusan yang diperlukan daripada kerajaana.

Petronas berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengurangkan impak pandemik tersebut terhadap program perbelanjaan modal (CAPEX) domestik yang dirancang. Bagaimanapun, pihaknya menjangka terdapat beberapa projek akan mengalami kelewatan berikutan sekatan pergerakan yang berpanjangan di peringkat global dan PKP di Malaysia, serta gangguan yang dijangka terhadap rantaian bekalan global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply