ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi HondaTouch diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah melancarkan aplikasi digital HondaTouch, yang boleh digunakan pada peranti Android dan juga Apple iOS. Aplikasi ini menampilkan 10 ciri menarik bagi memudahkan pelanggan kepada kenderaan dan maklumat mengenainya di mana sahaja mereka berada.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama, aplikasi ini direka untuk memberikan kemudahan antara pengedar Honda dan pelanggan, dengan menyediakan akses informasi servis kenderaan, bantuan kenderaan dan maklumat terkini daripada Honda Malaysia.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Antara 10 ciri menarik aplikasi HondaTouch, termasuklah menetapkan masa janji temu servis kenderaan, peringatan janji temu servis, penjejak status servis masa sebenar, sejarah servis dan carian pengedar berhampiran. Satu lagi ciri penting dalam aplikasi ini adalah Bantuan Kecemasan sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Selain itu, aplikasi ini turut mengingatkan pengguna tentang pembaharuan cukai jalan.

Aplikasi ini tidak terhad kepada pemilik kenderaan Honda semata-mata, mereka yang bukan pelanggan boleh menggunakan aplikasi ini bagi mendapatkan info tentang promosi, acara dan berita terkini dari jenama tersebut. HondaTouch juga menawarkan ciri pra-tempahan kereta baharu yang membolehkan pengguna membuat tempahan model secara dalam talian sahaja. Akhir sekali, mereka yang bukan pelanggan juga boleh menghubungi Honda Malaysia menerusi aplikasi ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply