ARKIB

KATEGORI

Tular

Mungkin ini kemalangan pertama melibatkan Proton X50 di jalan raya

Tular

Views

Kira-kira sejam yang lalu, tular foto yang menunjukkan kemalangan kecil yang melibatkan unit pandu uji Proton X50 yang disondol dari belakang oleh ‘abangnya’ Proton Waja. Foto tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Daniel Heng yang dikongsikan ke laman group Taiping D Av@ngers [reborn].

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Tidak dinyatakan di manakah lokasi kejadian dan jika dilihat unit pandu uji X50 yang disondol dari belakang itu hanya mengalami sedikit kerosakan pada bahagian bampar belakang. Manakala, Waja yang merempuhnya rosak agak teruk juga di bahagian depan.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Rata-rata warganet berkata X50 memiliki struktur yang kukuh memandangkan impak dari kemalangan tersebut agak kecil berbanding Waja tersebut. Memang tidak dinafikan X50 memiliki struktur yang kukuh dan disebabkan itulah ia menerima penarafan 5-Bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Sebenarnya, ia ‘bukanlah sesuatu yang ajaib’ kerana kenderaan moden mempunyai zon remuk (crumple zone) di bahagian depan yang akan mengurangkan risiko kecederaan kepada penumpang. Semoga pemilik kenderaan yang terlibat dipermudahkan urusan dan menyelesaikan kes ini dengan cara yang baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Daniel Heng

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply