ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan model Toyota Yaris facelift kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Hanya selang beberapa hari memulakan siri iklan acah, UMW Toyota Motor (UMWT) tidak menunggu masa yang begitu lama untuk membuka tempahan model Yaris facelift mulai hari ini. Pada masa yang sama UMWT turut mendedahkan harga anggaran model tersebut yang bermula dari RM71,688 untuk varian J hingga RM85,587 untuk varian G.

Harga tersebut adalah harga atas jalan tanpa insuran untuk semenanjung Malaysia, termasuk pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun serta perlindungan waranti komprehensif lima-tahun tanpa had perbatuan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Berikut adalah tiga varian ditawarkan iaitu :

  • Yaris J – RM71,688
  • Yaris E – RM80,591
  • Toyota Yaris G – RM85,587

Yaris facelift menampilkan wajah yang lebih segar dengan lampu lampu hadapan jenis LED, serta rekaan bampar dan jeriji baharu yang lebih garang dan sporty. Selain perubahan kosmetik luaran, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense yang merangkumi sistem pra-perlanggaran (PCS) dan amaran tukar lorong (LDA), sekaligus melengkapi ciri yang telah ada pada model sebelumnya.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Ciri tambahan ini melengkapi ciri keselamatan model sedia ada seperti kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), bantuan mula mendaki (HAC), amaran titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang (RTCA), ABS, EBD, BA, perakam video pemanduan (DVR) depan dan belakang serta kamera pandangan panaromik 360-darjah.

Varian tertinggi Yaris G pula akan menerima penambahan ciri baharu antaranya skrin infotainmen 7.0-inci yang menyokong Android Auto dan Apple Carplay, sistem pengecasan pintar nirwayar dan sistem telematik kenderaan (360-T) untuk varian E dan G.

Yaris facelift akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna, termasuk satu warna baharu Platinum White Pearl selain warna sedia ada iaitu Red Mica Metallic dan Silver Metallic. Ini bermakna tiada lagi warna Citrus Mica Metallic untuk versi facelift. Tarikh pelancaran rasmi model ini masih belum diumumkan dan kami menjangkakan ia akan tiba dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply