ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi Shell App dilancarkan, lebih selamat dengan sistem 3-D Secure

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Shell App, yang direka untuk menaik taraf pengalaman mengisi minyak di Shell dengan membolehkan pembayaran yang lebih selesa dari dalam kereta.

Dilengkapi sistem pengesahan keselamatan 3-D Secure, Shell App merupakan aplikasi pembayaran minyak yang pertama di negara dengan perlindungan keselamatan tambahan, agar ia bebas daripada ancaman penipuan siber.

Menurut Pengurus Besar, Mobiliti, Malaysia, Seow Lee Ming, Shell App berfungsi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kualiti pengalaman pelanggannya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia bukan hanya memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta, malah memastikan perjalanan mereka lebih mudah dan memberi lebih ganjaran.

Pelanggan kini boleh menebus bahan api atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App.

Menerusi integrasi BonusLink di dalam Shell App, pelanggan kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga, pada masa yang sama menebus ganjaran eksklusif dari Shell.

Aplikasi ini turut menawarkan promosi dan tawaran yang diubah suai mengikut cita rasa mereka. Pengguna Shell App juga boleh memantau setiap perbelanjaan dan mata BonusLink yang terkumpul dalam aplikasi ini.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Shell App turut dilengkapi dengan kelebihan untuk meninjau lokasi stesen-stesen Shell berdekatan, serta fasiliti dan kemudahan yang tersedia seperti surau, ATM, Shell café atau pusat cuci kereta.

Shell App kini boleh digunakan di 650 stesen minyak Shell dan aplikasi lengkap ini dijangka tersedia di seluruh negara menjelang akhir tahun 2023.

Muat turun Shell App di Apple App Store dan Google Play Store sekarang dan nikmati pelbagai kemudahan, ciri keselamatan canggih dan ganjaran menarik di hujung jari anda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply